Siap sedia semua untuk program baru di Netflix!
Terbaru, Netflix telah mengeluarkan teaser untuk program hiburan baru berjudul “Zombieverse”, yang akan menggabungkan pelbagai elemen.
Untuk pengetahuan, “Zombieverse” ialah rancangan bertemakan zombi di mana ahli perlu bertahan dan menyelamatkan diri dengan menyelesaikan pelbagai misi di Seoul, yang tiba-tiba bertukar menjadi dunia zombi.
Dalam video teaser yang dikeluarkan, ahli termasuk Lee Si-young, Tsuki, Noh Hang-chul, Park Na-rae, DinDin, Yoo Hee-kwan, Jonathan, Hong Seung-woo, Dex dan Patricia, mula berkumpul di set sebelum gerombolan zombi datang menghampiri mereka.
Selepas zombi mula muncul di pelbagai tempat dari taman hiburan ke pasar raya, kesemua mereka harus melarikan diri dan mencari jalan untuk terus hidup.
Jangan lupa tonton “Zombieverse” akan dikeluarkan di Netflix pada 8 Ogos ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.