Sedar tak sedar, dah hampir setahun Jeon So-min tinggalkan “Running Man”.
Meskipun ada ahli sewaan seperti Ji Ye-eun dan Kang Hoon, namun penonton setia tetap terasa kekosongan yang ditinggalkan pelakon wanita itu memandangkan karakternya yang unik.
Jeon So-min juga sepertinya masih merindui rancangan itu apabila melihat aktiviti media sosialnya baru-baru ini.
Somin liking this post of Running Man (trailer for today’s episode)
pic.twitter.com/snkhfEZPvi
— saranghaeYOO
(@jaekook7276) September 1, 2024
Peminat perasan bahawa wanita itu dilihat meninggalkan tanda suka pada entri di akaun Instagram “Running Man” di mana mereka memuat naik video teaser episod baru.
Komen peminat,
- Sechan rindu awak tu.
- Balik lah semula, dah lama rasanya April Fool berlalu.
- Dorang semua rindu awak, balik lah.
Korang rindu dia kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi