Ikuti Kami:

Bakal Tinggalkan ‘Running Man’, Jeon Somin Pertama Kali Dinobat Personaliti TV Popular

Bakal Tinggalkan ‘Running Man’, Jeon Somin Pertama Kali Dinobat Personaliti TV Popular

Masih terasa kesedihan hingga kini meskipun Jeon So-min sudah pun menjalani rakaman terakhir bersama “Running Man” kelmarin.

Walau bagaimanapun, peninggalan wanita itu semestinya meninggalkan impak apabila namanya tersenarai di tangga pertama sebagai personaliti TV paling trending untuk minggu ke-43 tahun 2023.

Tangga kedua pula diduduki Kian84 (“I Live Alone”) dan tangga ketiga dihunia Jo In-sung (“Unexpected Business 3”). Seterusnya, tangga ke-4 diduduki Han Hyo-joo (“Unexpected Business 3”), dan seterusnya Yoo Jae-suk (“How Do You Play”).

jeon somin

Dalam pada itu, Jeon So-min memutuskan untuk meninggalkan “Running Man” selepas 6 tahun bersama atas sebab ingin menjana semula tenaga sebelum kembali aktif dalam bidang seni, terutamanya lakonan.

Semoga Jeon So-min terus sukses!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...