Netizen telah meluahkan kerisauan mereka selepas Han Hyo-joo digandingkan dengan seorang pelakon yang bermasalah.
Pada 13 Mac, agensi Han Hyo-joo telah mengumumkan bahawa Han Hyo-joo akan menerajui drama Jepun, “Romantic Anonymous” bersama pelakon Shun Oguri.
Selepas mengetahui bahawa kedua-dua pelakon itu akan digandingkan bersama, rata-rata netizen Korea dan Jepun telah meluahkan kerisauan mereka.
Ianya kerana Shun Oguri banyak terlibat dengan pelbagai kontroversi. Termasuk, skandal percintaannya bersama dengan seorang model serta penghibur wanita sebelum perkahwinannya dilangsungkan.
Malah, pada tahun lalu, seorang YouTuber telah menimbulkan kekecohan di media sosial selepas dia menghantar satu gambar yang dipercayai Shun Oguri, menari di sebuah bar sambil berbogel.
Perkara ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan di hati peminat yang takut jika kontroversi pelakon itu akan menjejaskan imej Han Hyo-joo serta drama tersebut.
Sementara itu, “Romantic Anonymous” merupakan sebuah drama yang diadaptasikan daripada drama romantik Perancis dengan tajuk yang sama. Di mana, ianya mengisahkan tentang hubungan percintaan di antara seorang pengeluar coklat dan seorang pembuat coklat.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.