Meskipun sudah didedahkan sebelum ini bahawa pelakon popular Park Bo-gum dikhabarkan sudah pun menghantar permohonan untuk menyertai pasukan promosi kebudayaan di bawah tentera laut, namun perkara tersebut tidak disahkan lagi.
Walaubagaimanapun, agensi naungan pelakon itu iaitu Blossom Entertainment telah mengesahkan bahawa dia bakal menyertai latihan khidmat ketenteraan wajib tak lama lagi.
Park Bo-gum telah diterima untuk menyertai pasukan promosi kebudayaan di bawah tentera laut dan bakal memulaka latihan khidmat ketenteraan pada 31 Ogos ini. Dia akan menghabiskan penggambaran filem “Wonderland” dan drama “Record Of Youth” sebelum berkhidmat sebagai tentera.
Kami meminta sokongan anda supaya Park Bo-gum dapat menghabiskan perkhidmatannya dengan sihat.
Jangan risau kerana anda masih boleh lagi menonton pelbagai naskhah lakonan Park Bo-gum yang masih belum ditayangkan lagi. Antaranya ialah filem “Wonderland”, drama “Record Of Youth” dan filem “Seo Bok”.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dikatakan sudah merakamkan single bertajuk “All My Love” yang ditulis oleh penyanyi Sam Kim, khas untuk peminatnya. Lagu ini akan berputar di corong radio bermula 10 Ogos nanti!
Sekejap sahaja masa dua tahun ini, harapnya Park Bo-gum dapat menamatkan latihan ketenterannya dengan baik dan selamat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.