Ikuti Kami:

Bakal Saji Plot Lebih ‘Kuat’, Penggambaran ‘The Penthouse 3’ Mula Esok

Bakal Saji Plot Lebih ‘Kuat’, Penggambaran ‘The Penthouse 3’ Mula Esok

Dup dap dup dap rasa jantung apabila memikirkan musim terakhir “The Penthouse” yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.

Menurut laporan media, “The Penthouse 3” akan memulakan pengambaran pada 27 April ini (esok). Malah hal ini turut disahkan oleh salah seorang sumber daripada pihak produksi drama popular itu.

Episod akhir musim kedua “The Penthouse” nyata membuatkan ramai penonton tercengang apabila watak kegemaran iaitu Logan Lee (Park Eun-seok) terlibat dalam satu letupan dan ianya berlaku di hadapan mata Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) sendiri.

Lebih mengujakan kerana episod terakhir ity memperkenalkan dua watak baru iaitu Joon-gi (On Joo-wan), seorang lelaki yang sepertinya mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat terhadap Logan Lee dan Yoo Dong-pil (Park Ho-san), ayah kepada Yoo Jenny (Jin Ji-hee).

on joowan the penthouse

Khabarnya, plot musim ketiga ini adalah lebih kuat berbanding musim-musim sebelumnya, malah kaitan setiap watak akan terus berselirat. Penonton boleh menjangkakan pengembaraan yang mengujakan dalam musim terakhir siri ini.

“The Penthouse 3” dijangka akan menemui penonton pada Jun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...