Selepas tamatnya “Doubt,” yang berakhir pada 15 November dengan penilaian tontonan seluruh negara sebanyak 9.6%, ramai ternanti-nanti bagaimana prestasi penggantinya iaitu “When The Phone Rings”.
Berdasarkan novel web popular dengan nama yang sama, ia berkisar tentang Baek Sa-eon (Yoo Yeon-seok), jurucakap Pejabat Presiden, dan Hong Hee-joo (Chae Soo-bin), anak perempuan keluarga chaebol. Dalam tahun ketiga perkahwinan terancang mereka, kedua-duanya berdepan konflik dan perubahan yang tidak dijangka selepas menerima panggilan ugutan.
Drama ini menggabungkan elemen thriller dan romantik, memperkenalkan genre unik ‘romantik thriller’ kepada penonton.
Semasa sidang media, pasukan produksi turut membincangkan persaingan dengan drama SBS “The Fiery Priest 2,” yang mendominasi penilaian tontonan drama Jumaat-Sabtu. Yoo Yeon-seok menyatakan keyakinan,
Saya juga menikmati ‘The Fiery Priest 2’, tetapi drama kami menggabungkan elemen thriller dan romantik, menawarkan daya tarikan yang segar.
Heo Nam-jun menambah,
Jika kami mencapai penilaian 20%, para pelakon akan pergi berkhemah bersama-sama dan tampil di saluran YouTube Yoo Yeon-seok.
Drama “When The Phone Rings” akan tayang perdana malam ini (22 November) dan turut akan bersiaran di Netflix.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.