Ikuti Kami:

Bakal Kembali Dengan Musim Baru, Netflix Umum Barisan Penuh Ahli ‘Zombieverse 2’

Bakal Kembali Dengan Musim Baru, Netflix Umum Barisan Penuh Ahli ‘Zombieverse 2’

“Zombieverse” akan kembali dengan musim ke-2.

Pada 9 Mei, Netflix telah mengumumkan barisan penuh peserta bagi musim ke-2 “Zombieverse”.

Antara selebriti-selebriti terkenal yang akan menyertai rancangan ini ialah Tae-yeon SNSD, Kwon Eun-bi, Sung-jae BTOB, Jo Se-ho, CODE KUNST dan ramai lagi.

Sementara itu, “Zombieverse” merupakan rancangan realiti di mana kesemua pesertanya perlu menyelesaikan misi untuk meneruskan kehidupan selepas diserang oleh zombi.

Selepas musim pertama yang ditayangkan pada Ogos 2023 telah mendapat sambutan ramai, “Zombieverse” kini sedang menyiapkan diri untuk mengeluarkan musim ke-2 mereka tak lama lagi.

Tak sabarnya nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...