Ikuti Kami:

Bakal Debut Tak Lama Lagi? Pelatih ‘The Black Label’ Ini Dilapor Pernah Jalinkan Hubungan Dengan G-Dragon

Bakal Debut Tak Lama Lagi? Pelatih ‘The Black Label’ Ini Dilapor Pernah Jalinkan Hubungan Dengan G-Dragon

Baru-baru ini, gambar ahli kumpulan naungan The Black Label yang akan datang telah ditularkan dan salah seorang ahli tersebut merupakan pewaris kepada keluarga Chaebol Korea, iaitu Annie Moon Seo-yoon.

Annie Moon Seo-yoon yang juga merupakan cucu kepada pengasas Samsung bukan sahaja dikenali dengan hubungan rapatnya bersama dengan selebriti terkenal, malah dia juga  dikatakan pernah menjalinkan hubungan bersama dengan G-Dragon.

Pada Januari 2023, Annie Moon telah memuat naik gambar tangannya bersama dengan seorang lelaki misteri di akaun Instagram miliknya. Disebabkan tatu yang berada di tangan lelaki tersebut, peminat telah menyedari bahawa gadis itu sedang bersama dengan G-Dragon.

Malah, Annie Moon juga turut menghantar gambar menunjukkan muka ahli BIGBANG itu yang dilindungi dengan penutup muka.

annie-moon-gdragon-hand

Selepas khabar angin tersebar, syarikat Shinsegae milik keluarga gadis tersebut lantas mengeluarkan kenyataan rasmi dan menjelaskan bahawa khabar angin tersebut ialah tidak benar.

Mereka turut menyatakan bahawa pertemuan Annie dan G-Dragon di konsert tersebut hanyalah kebetulan sahaja.

Malah, sumber yang rapat dengan gadis tersebut turut menyatakan bahawa pasangan itu sudah lama berkawan rapat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...