Ikuti Kami:

Bakal Debut Solo, Seulgi Terima Sokongan Daripada Ahli RED VELVET & Jeongyeon TWICE

Bakal Debut Solo, Seulgi Terima Sokongan Daripada Ahli RED VELVET & Jeongyeon TWICE

Korang mesti dah tahu kan yang Seul-gi akan debut sebagai penyanyi solo tak lama lagi?

Mengikuti jejak langkah ahli yang lain, iaitu Wendy dan Joy, kini Seul-gi pula mula mengorak langkah untuk debut secara solo dengan album “28 Reasons”.

Melihat kepada satu video trailer pertama album Seul-gi yang baru sahaja dilancarkan, nyatanya ia berjaya meraih perhatian daripada kalangan peminat Seul-gi. Mengandungi 6 lagu kesemuanya dalam satu album, projek Seul-gi kali ini dijangka bakal dilancarkan pada Oktober nanti.

Ahli RED VELVET yang lain, iaitu Joy dan Yeri juga tidak terlepas daripada menunjukkan sokongan mereka terhadap debut solo Seul-gi yang akan datang.

Bukan ahli RED VELVET sahaja yang menunjukkan sokongan mereka, namun ahli TWICE, Jeong-yeon turut meninggalkan komen terhadap muat naik bagi debut solo Seul-gi.

Bagusnya saling sokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...