Terujanya bila 2NE1 disahkan bakal buat comeback selepas beberapa tahun menyepi.
Terbaru, CL telah berkongsi beberapa video di media sosial peribadinya situasi disebalik tabir latihan kumpulan berkenaan.
Di dalam video, Dara berposing untuk gambar, sementara CL bertindak sebagai jurugambar. Apabila Dara memberikan CL pandangan tanpa reaksi, CL menjelaskan bahawa ini adalah video dan Dara dengan pantas beralih ke berposing, membuat semua orang tersenyum.
2NE1 members practicing for their up-coming concert 👑
from CL Instagram story 👏🏽👏🏽 pic.twitter.com/QHyIWUtqXS
— 2NE1 Charts (@2NE1Achievement) July 27, 2024
Para peminat ternyata gembira melihat siri video ceria latihan 2NE1 itu lantas semua tak sabar menanti untuk kemunculan mereka selepas 8 tahun.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.