Ikuti Kami:

Bakal Bersiaran Di 110 Negara, BTS Akan Siarkan Filem ‘BTS: Yet To Come In Cinemas’

Bakal Bersiaran Di 110 Negara, BTS Akan Siarkan Filem ‘BTS: Yet To Come In Cinemas’

ARMY dah boleh ‘ready’ dah nak tengok filem oleh BTS!

Terbaru, CGV yang merupakan rangkaian pawagam multipleks terbesar di Korea Selatan, mendedahkan bahawa ia akan menyiarkan persembahan secara langsung konsert BTS di Busan yang berlangsung pada tahun ini.

Filem “BTS: Yet To Come In Cinemas” akan menyiarkan konsert kumpulan itu yang diadakan di Busan pada 15 Oktober lalu dan rancangan itu akan bersiaran selama 103 minit. Rancangan itu akan menyiarkan beberapa persembahan antaranya adalah “RUN”, “Run BTS”, “Dynamite”, “Boy With Luv” dan banyak lagi.

Filem ini bukan sahaja akan dilancarkan di Korea Selatan namun ianya juga akan disiarkan di pelbagai negara dari serata dunia. Filem ini akan mula bersiaran secara global pada Rabu, 1 Februari 2023 dan akan ditayangkan serentak di 110 negara atau kawasan.

Namun, terdapat lagi satu tayangan yang akan bersiaran pada Sabtu, 4 Februari dan ianya akan didedikasikan khas buat “Light Stick Screenings”, di mana penonton boleh meraikan konsert itu dengan menggunakan light stick bagi kumpulan BTS.

Tiket pula akan mula dijual pada 10 Januari 2023 melalui “BTSYETTOCOMEINCINEMAS.COM

Nantikan update okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...