Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Jo Jung-suk bersama Shin Se-kyung dalam sebuah drama.
Terbaru, Shin Se-kyung telah dilaporkan akan terajui melodrama bersejarah berjudul “Spy” dan sedang dalam proses meneliti tawaran tersebut secara positif kini.
Sebelum ini, Jo Jung-suk juga telah dilamar untuk terajui drama yang sama dan juga sedang menyemak secara positif untuk membintangi siri berkenaan.
Untuk pengetahuan, “Spy” adalah drama yang diarahkan oleh penulis “The Crowned Clown”, yang menggambarkan kisah cinta Raja Yi In, yang hampir memasuki perjuangan politik kejam, dan pengintip Kang Hee-soo, yang jatuh cinta dengan Raja ketika cuba untuk membalas dendam.
Dalam pada itu, Shin Se-kyung sedang sibuk menjalani penggambaran musim kedua “Arthdal Chronicles”, bergandingan dengan Lee Jun-ki.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama “Spy”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.