Yay! Bestnya Jung Hae-in bergandingan bersama Go Kyung-pyo!
Dua jejaka kesukaan ramai ini, sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka bakal bergandingan dalam siri Disney Plus, “Connect”. Siri ini mengisahkan mengenai Connect Dong Soo lakonan Jung Hae-in, yang diculik oleh pemburu organ dalaman dan telah kehilangan sebelah matanya. Kemudian, dia mendapati bahawa matanya telah ditransplan kepada seorang pembunuh bersiri dan dia tekad untuk mencari pembunuh tersebut.
Dalam mencari pembunuh bersiri tersebut, Dong Soo mempunyai keupayaan untuk memahami dan melihat dari sudut perspektif pembunuh itu, Jin Seob lakonan Go Kyung-pyo. Dengan menggunakan kelebihan yang ada, dia berjaya menjejaki Jin Seob, namun akhirnya terjebak dalam situasi yang tidak dapat disangka.
Menerusi siri ini juga, Kim Hye-joon bakal membawa watak sebagai Lee Rang, seorang wanita misteri yang mengetahui segala rahsia Connect dan mendekati Dong Soo dengan sengaja.
Manakala, Kim Roe-ha yang memegang watak sebagai detektif Choi, bakal cuba merungkai segala kebenaran di sebalik setiap insiden pembunuhan misteri. Wah… bukan main intense lagi cerita ni!
Nantikan “Connect” pada disember ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.