Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai gerangan bapa Yoo Jenny (Jin Ji-hee) yang dikatakan telah disumbat ke dalam penjara bagi menutup perbuatan jahat Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon)?
Walaupun terdapat khabar angin bahawa pelakon Heo Sung-tae yang bakal membawa watak tersebut sebelum ini namun ternyata ianya khabar angin sahaja.
Terbaru, terdapat sumber media yang mengatakan bahawa Park Ho-san berkemungkinan besar akan menggalas tanggungjawab untuk melakonkan watak suami Kang Ma-ri (Shin Eun-kyung) iaitu Yoo Dong-pil.
Jelas agensi pelakon itu,
Syarikat produksi ada menawarkan watak buat Park Ho-san dalam ‘The Penthouse 2’, Bagaimanapun, terdapat sedikit konflik jadual, jadi kami tidak boleh mengesahkan lagi kemunculannya. Disebabkan drama ini disayangi oleh penonton, dia kini sedang meneliti tawaran tersebut dengan positif dan menyusun jadualnya.
Khabarnya ramai yang tak sabar menantikan kemunculan watak ini memandangkan dia dikatakan akan membalas dendam pada Joo Dan-tae bagi pihak keluarganya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.