Selepas 5 tahun, IU akan kembali berjumpa dengan peminat di Malaysia!
Terbaru, IU telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, untuk konsert jelajahnya ‘H.E.R. WORLD TOUR’ yang akan berlangung selama 2 hari pada 8 dan 9 Jun ini di Axiata Arena.
Bagi menyambut kedatangan wanita itu di Malaysia, ramai peminat telah setia menunggu IU di lapangan terbang dan terus bersorak sejurus ketibaan penyanyi itu.
Meet IU tonight! All the best for your concert! and snacks from her 😋🤗🙌🏻#IU #아이유 #IUinKL #HEREH #HEREH_WORLD_TOUR_IN_KL pic.twitter.com/rKI1T8VkPj
— Sun’s Lay (@ffyiEXO) June 6, 2024
Selain itu di laman X, peminat juga berkongsi bahawa IU turut memberikan snek buat mereka yang menunggunya di situ, mengukuhkan lagi sebab wanita itu disayangi ramai.
Untungnya siapa yang pergi konsert IU!