Ikuti Kami:

Bajet RM103 Juta, Kim Namgil Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Thief: Sound Of The Sword’

Bajet RM103 Juta, Kim Namgil Dilamar Terajui Siri Netflix ‘Thief: Sound Of The Sword’

Banyak betul tawaran buat Kim Nam-gil sejak kebelakangan ini, dan khabarnya dia akan membintangi sebuah drama baru Netflix tak lama nanti.

“Thief: Sound Of The Sword” ialah sebuah drama aksi romantik berlatarbelakangkan tahun 1920 di mana penduduk melawan sesiapa yang cuba menakluki kawasan mereka bagi melindungi tanah, keluarga dan rakan seperjuangan. Menerusi watak fiksyen, sejarah kekalahan akan diubah sebagai satu kemenangan.

Kim Nam-gil di lamar untuk melakonkan watak Lee Yoon, seorang hamba yang tidak belajar mengenai apa-apa kerana tiada peluang buatnya. Meskipun sistem kelas dihapuskan dan dia diberikan kemerdekaan, lelaki itu masih terikat dengan pemikiran sebagai pengikut. Bekas tuannya memberi cadangan supaya dia menjadi tentera, jadi dia hanya mengikutinya dan tanpa sengaja, terlibat dengan peperangan.

kim namgil

Sehingga kini, sudah banyak projek yang berlatarbelakangkan zaman penjajahan Jepun namun “Thief: Sound Of The Sword” akan membawa cabaran baru. Mengambil inspirasi teknik ‘spaghetti western’, ia akan menayangkan genre yang belum pernah dilihat sebelum ini. Drama ini juga dikatakan akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan dengan bajet 25 milion USD (RM103.8 juta).

Selepas berita ini berterbangan, agensi Kim Nam-gil sendiri mengesahkan bahawa lelaki itu ada menerima tawaran dan sedang menelitinya kini.

Sama-sama kita nantikan sekiranya Kim Nam-gil menerima tawaran tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...