Kim Woo-bin sememangnya seorang yang baik mengikut cerita daripada rakan selebriti yang lain.
Terbaru, lelaki itu membuktikan bahawa dia merupakan seorang junior yang baik apabila menjaga pelakon senior di set penggambaran “Our Blues”.
Semasa sedang menjalani rakaman di pinggiran pantai Jeju, Kim Woo-bin yang risau sekiranya Lee Jung-eun kesejukan telah menunduk dan memberikan pek panas. Walaupun ditolak, lelaki tersebut menyelitkan pek itu di dalam stokingnya.
Melihatkan hal ini, usik Han Ji-min,
Kim Woo-bin ialah malaikat pemberi pek panas.
Malah hal ini turut dipersetujui oleh pelakon veteran iaitu Go Doo-shim.
Sweetnya Kim Woo-bin!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.