Ikuti Kami:

“Baiklah..” – Terkejut Dipanggil ‘Pakcik’ Ketika Live, Respon Santai Lee Soohyuk Raih Perhatian

“Baiklah..” – Terkejut Dipanggil ‘Pakcik’ Ketika Live, Respon Santai Lee Soohyuk Raih Perhatian

Meskipun sudah berusia 35 tahun, Lee Soo-hyuk tetap nampak awet muda, kan?

Baru-baru ini, Lee Soo-hyuk telah melakukan siaran langsung di laman Weverse, sebelum bergerak ke Minggu Fesyen Milan untuk jenama Dolce & Gabbana.

Semasa siaran langsung, pelakon lelaki itu sempat membaca komen seorang peminat yang memanggilnya ‘ahjussi’ iaitu ‘pakcik’, gelaran untuk lelaki yang lebih tua di Korea.

Meskipun kelihatan terkejut sedikit apabila dipanggil sebegitu, Lee Soo-hyuk tetap kekal ‘chill’ dan membalas komen itu dengan senyuman,

Baiklah. Saya seorang ahjussi.

Walaupun pelakon lelaki itu memberikan reaksi yang spontan namun, ada sesetengah netizen merasakan bahawa ianya adalah biadap untuk memanggil Lee Soo-hyuk ‘ahjussi’ tambahan pula ketika sedang bersiaran langsung.

Alahai..dah berusia pun Lee Soo-hyuk tetap hot tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...