Ikuti Kami:

“Bahaya Tu..” – Kim Woobin Tiba-Tiba Menangis Di Acara Fesyen, Apa Yang Berlaku?

“Bahaya Tu..” – Kim Woobin Tiba-Tiba Menangis Di Acara Fesyen, Apa Yang Berlaku?

Pada 19 Mac, Kim Woo-bin telah tampil di acara fesyen Ralph Lauren di Seoul, Korea, yang turut dihadiri selebriti popular lain seperti Krystal, Ryu Jun-yeol dan ramai lagi.

Di acara itu, Kim Woo-bin tampil kacak dan elegan dalam sut bewarna coklat, serta meraih perhatian ramai dengan badannya yang gagah.

Merupakan seorang pelakon popular, wartawan yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Kim Woo-bin sehingga begitu banyak cahaya kamera terpancar ke arahnya.

Ketika sesi bergambar, lelaki itu dilihat menghadapi sedikit masalah apabila matanya pedih kerana flash dari kamera dan dia terpaksa berpaling sebentar untuk beberapa saat dan menitiskan air mata.

Meskipun menghadapi insiden yang tidak dijangka, Kim Woo-bin tetap tampil tenang dan terus kekal profesional untuk bergambar.

Bagaimanapun di media sosial, peminat rata-rata meluahkan kerisauan mereka kerana kejadian seperti itu berkemungkinan boleh menjejaskan penglihatannya.

Semoga mata Kim Woo-bin baik-baik je.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...