Ikuti Kami:

Bahagia Bersama, Episod Akhir ‘Love In Contract’ Catat Rating Biasa

Bahagia Bersama, Episod Akhir ‘Love In Contract’ Catat Rating Biasa

Selepas beberapa minggu menemani semua, “Love In Contract” akhirnya telah melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

“Love In Contract” menceritakan tentang perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

tvn love in contract

Kesudahan berbunga

[Amaran SPOILER]

Walaupun hilang seketika, Choi Sang-eun (Park Min-young) dan Jung Ji-ho (Go Kyung-pyo) akhirnya bertemu semula selepas wanita itu menimbang balik kesemua yang dilalui mereka.

Terbukti mempunyai perasaan yang kuat antara satu sama lain, mereka berdua akhirnya mengikat janji untuk bersama selamanya. Bahkan keduanya berkahwin sambil disaksikan oleh teman rapat dan keluarga masing-masing di rumah baru mereka walaupun tidak mengadakan majlis besar-besaran.

tvn love in contract

Rating biasa

Meskipun dibarisi pelakon popular seperti Park Min-young dan Go Kyung-pyo, namun “Love In Contract” hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 2% ke 3% sahaja sepanjang tayangannya.

Malah episod akhirnya hanya mampu mencatat rating sebanyak 3.059% dan tidak mampu mengejar catatan terbaik iaitu 3.992% yang diraih semasa episod pertamanya.

Apa kata korang mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...