Cepat betul masa berlalu, drama “Love Next Door” pun hanya tinggal 2 episod sahaja lagi sebelum tamat.
Dalam satu temu bual, Jung Hae-in ada memberi sedikit ‘spoiler’ buat penonton untuk 2 episod terakhir drama tersebut. Katanya,
Penonton akan dapat melihat detik-detik hangat dan indah antara Seung-hyo, Seok-ryu dan keluarga mereka. Saya harap anda juga akan menikmati kisah cinta yang menyentuh hati dalam keluarga Mo-eum, Dan-ho dan Yeon-doo.
Kongsi Jung So-min pula,
Untuk dua episod terakhir, saya harap anda akan menonton dengan hati yang tenang dan menikmati detik-detik manis antara Seung-hyo dan Seok-ryu, yang telah melangkah jauh.
Sementara itu, “Love Next Door” akan bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad, serta akan tamat pada minggu ini.
Jangan lupa tonton!