Siapa yang menonton “Once Upon A Small Town”, pastinya bersedih kerana drama itu sudah pun menamatkan tayangan semalam.
Sinopsis
Ia merupakan kisah cinta yang menyembuhkan antara dua watak utama, yang melegakan kesakitan antara satu sama lain dalam suasana hangat di luar bandar.
Berakhir bahagia
[Amaran SPOILER]
Akhirnya hubungan Ja-young dan Ji-yul semakin membaik. Mengejutkan, sepertinya Sang-hyun dan Ji-yul turut mengekalkan hubungan persahabatan yang baik hingga mereka bermain game pada saban malam. Kedua mereka juga mencapai tahap kerjaya yang hebat apabila Ja-young menjadi sarjan, dan Ji-yul pula menjadi pengarah hospital.
Ji-yul pula berpindah ke Huidong dan mengambil alih perniagaan kerana datuknya sudah tidak boleh bekerja. Tambahan pula, dia suka bekerja di kampung dan akhirnya melamar kekasihnya itu supaya dapat berjalan bangga di sekeliling kampung.
Komen penonton
Meskipun gagal menduduki tangga yang tinggi dalam ranking populariti di Netflix, namun rata-rata penonton mengakui bahawa “Once Upon A Small Town” merupakan sebuah naskhah yang patut ditonton semua bagi mendapatkan ketenangan. Malah sinematografi menarik yang dipaparkan membuatkan ramai merindui suasana luar bandar yang hijau.
Korang layan tak drama ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.