Bahagia Akhirnya, ‘Mental Coach Jegal’ Tamat Dengan Rating Tertinggi
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Dalam sekelip mata sahaja, “Mental Coach Jegal” di KBS telah pun menamatkan siaran kelmarin.
Sinopsis
“Mental Coach Jegal” membawa kisah seorang atlet taekwando yang dibuang kerana satu insiden, dan kembali sebagai jurulatih mental buat pasukan kebangsaan bagi melawan dunia, di mana hanya yang pertama akan dapat segalanya.
Hati berhubung
[Amaran SPOILER]
Akhirnya, atlet wanita yang menjadi mangsa Oh Dal-seong membuka cerita itu buat dunia sekaligus mendapat perhatian ramai. Bahkan lelaki itu yang telah pun dijatuhkan hukuman masih lagi tampil berlagak dan mengatakan bahawa dia pasti akan dicari lagi kerana bakatnya mencari atlet hebat.

Selepas pelbagai perselisihan faham, Cha Ga-eul (Lee Yoo-mi) dan Jegal gil (Jung Woo) mengakui perasaan cinta antara mereka berdua di tempat yang menghubungkan cerita keduanya iaitu di gelanggang ais.
Rating tertinggi
Selepas hanya mampu berlegar-legar dalam lingkungan rating 1% sahaja sebelum ini, “Mental Coach Jegal” akhirnya telah mencatat rating tertinggi sepanjang tayangan ketika siaran episod terakhirnya iaitu 2.511%.

Korang dah habis layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




