Ikuti Kami:

Bahagia Akhirnya, Episod Akhir ‘Alchemy Of Souls 2’ Catat Rating Tinggi

Bahagia Akhirnya, Episod Akhir ‘Alchemy Of Souls 2’ Catat Rating Tinggi

Selepas beberapa minggu bermain dengan perasaan penonton, akhirnya “Alchemy Of Souls 2” telah pun menamatkan siaran kelmarin.

Sinopsis

Bahagian kedua ini akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk (Lee Jae-wook) mengenali Nak-su (Go Youn-jung) yang kembali ke badan asalnya.

Kesudahan bahagia

[Amaran SPOILER]

Tidak disangka apabila beberapa kematian menyapa Jang Uk dan yang lain hingga menyebabkan kekacauan hati. Walau bagaimanapun, lelaki itu dan Yeong (Go Youn-jung) akhirnya dianugerahkan takdir selamanya selepas kesukaran yang dialami mereka. Malah wanita itu menjadi satu-satunya ‘pengubah badan’ yang masih hidup dan memiliki badan itu sepenuhnya dek hadiah Jin Seol-ran.

tvn alchemy of souls

Dengan kekuatan yang ada, Jang Uk dan Yeong meneruskan legasi sebagai pemburu hantu bagi memastikan keamanan dunia.

Rating baik

Selepas dua musim, “Alchemy Of Souls” berjaya meninggalkan impak yang baik buat drama fantasi bersejarah yang ditayangkan pada tahun 2022. Bahkan, musim kedua ini mengakhiri siaran dengan catatan rating 9.7% iaitu satu angka yang membanggakan dalam sejarah siri itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...