Ikuti Kami:

“Bagi Tunjuk Keikhlasan, Saya Potong Rambut Sebenar” – Kim Soyeon

“Bagi Tunjuk Keikhlasan, Saya Potong Rambut Sebenar” – Kim Soyeon

Macam-macam respon yang menbanjiri internet selepas “The Penthouse 3” melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu kan?

[Amaran SPOILER]

Selepas melakukan pelbagai kejahatan, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) akhirnya menerima balasan apabila dia disahkan menghidapi kanser semasa dipenjarakan. Terkesan dengan situasi yang menimpa selain anaknya, Ha Eun-byeol yang tidak datang melawatnya, wanita itu membuat keputusan untuk memotong rambut panjangnya. Malah dia kemudian memilih untuk menamatkan riwayatnya selepas berasa bersalah dengan segala yang dilakukan.

Mula-mula disangka rambut palsu, Kim So-yeon mendedahkan bahawa dia benar-benar memotong rambutnya untuk babk berkenaan,

Cheon Seo-jin yang disahkan menghidapi kanser melihat rambutnya gugur dengan banyak di hadapan cermin pada suatu hari. Sebab itu, kami merakamkan babak rambut dipotong itu.

kim soyeonTambah wanita itu lagi,

Pada awalnya, saya memikirkan untuk menggunakan rambut palsu tapi sepanjang seminggu, saya tidak boleh tidur dengan lena memikirkannya. Disebabkan saya menerima banyak perkara sepanjang Cheon Seo-jin, jadi saya memikirkan bagaimana mahu membalasnya. Bagi menunjukkan keikhlasan, saya memilih untuk memotong rambut sendiri.

Nampak tak betapa bersungguhnya Kim So-yeon dengan wataknya sebagai Cheon Seo-jin?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...