Ikuti Kami:

Bagi Pastikan Kualiti Produksi, ‘Tale Of The Nine Tailed’ Tidak Akan Ditayangkan Minggu Hadapan

Bagi Pastikan Kualiti Produksi, ‘Tale Of The Nine Tailed’ Tidak Akan Ditayangkan Minggu Hadapan

Meskipun penonton mempunyai banyak persoalan mengenai “Tale Of The Nine Tailed”, namun semuanya terpaksa bersabar buat seminggu lamanya.

Menurut sumber daripada drama tersebut, episod yang sepatutnya ditayangkan pada 18 dan 19 November akan ditangguhkan ke tayangan minggu hadapannya.

Bagi memastikan kualiti produksi yang lebih baik dan lengkap, ‘Tale Of The Nine Tailed’ akan berehat daripada tayangan selama seminggu. Pada 18 November, satu tayangan istimewa drama itu yang akan ditayangkan manakala pada 19 November, rancangan ‘Future Class’ akan ditayangkan. Episod 13 dan 14 ‘Tale Of The Nine Tailed’ akan ditayangkan pada 25 dan 26 November nanti.

Diharap semuanya bersabar, walaupun banyak banyak persoalan tapi terpaksa kita tunggu lagi dua minggu sebelum tayangan seterusnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...