Ikuti Kami:

Bagi Memperbaiki Kualiti, ‘Vincenzo’ Tidak Akan Tayang Episod Baru Pada Minggu Hadapan

Bagi Memperbaiki Kualiti, ‘Vincenzo’ Tidak Akan Tayang Episod Baru Pada Minggu Hadapan

Lain macam betul seronok drama “Vincenzo” kan?

Tapi sedikit berita sedih untuk anda apabila drama lakonan Song Joong-ki, Jeon Yeo-bin dan Ok Taec-yeon ini dikhabarkan akan berehat satu episod pada minggu hadapan.

Menurut produser drama ini,

Selepas menayangkan episod ke-16, ‘Vincenzo’ akan berehat selama seminggu bagi memperbaiki kualitinya. Pada 17 April, kami akan menayangkan satu episod istimewa bagi menggantikan drama tersebut.

vincenzo

Pun begitu, episod ke-15 dan 16 drama ini akan bersiaran pada 10 dan 11 April seperti yang dijadualkan. Manakala episod ke-17 akan bersiaran dua minggu kemudian iaitu pada 24 April nanti.

Alaaa.. terpaksalah kita bertahan sikit sementara nak mereka berehat seminggu nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...