Meskipun sibuk dengan penggambaran filem “Saviour” kini namun Song Ji-hyo tetap bersemangat mempromosikan jenama terbarunya Nina.Ssong.
Bagi yang tidak mengetahui, pelakon wanita itu baru sahaja melancarkan produk wanita iaitu pakaian dalam dan baju tidur. Antara item lain yang turut dijual ialah pelekat puting buat wanita yang tidak mahu memakai bra bersama baju mereka.
Menerusi Instagram rasmi produk itu, dapat dilihat Song Ji-hyo mempromosikan kesemua barangan tersebut termasuk baju dalam di beberapa videonya.
View this post on Instagram
Rata-rata peminat meluahkan sokongan buat bisnes wanita itu selain memujinya kerana mencuba sesuatu yang baru dan berani di usia 40-an.
Tak kurang juga yang berseloroh di ruangan komen, di mana mereka meminta Song Ji-hyo menghadiahkan pelekat puting itu buat Kim Jong-kook yang suka memakai singlet ketat ketika musim panas.
Nak beli lah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.