Ikuti Kami:

“Bagaimana Rupa Ibu Ayahnya Sampai Dia Hodoh” – Imej ‘Hidayah’ Berubah, Akui Terluka Baca Komen Jahat

“Bagaimana Rupa Ibu Ayahnya Sampai Dia Hodoh” – Imej ‘Hidayah’ Berubah, Akui Terluka Baca Komen Jahat

Anda ingat tak suatu ketika dahulu apabila ‘Hidayah’ mula trending di laman sosial kerana dijadikan bahan jenaka oleh pemilik Facebook Daebaking. Kalau anda nak tahu, ‘Hidayah’ tersebut sebenarnya ialah pelawak daripada Korea yang bernama Lee Se-young.

Setelah sekian lama tidak melihat wanita itu, rata-rata netizen berasa terkejut apabila melihat Lee Se-young kini sudah tampil berlainan dengan imejnya yang lalu. Sampaikan ada yang langsung tak kenal ‘Hidayah’!

lee seyoung lee seyoung

Sering disoal peminat, Lee Se-young akhirnya muncul dalam program “Can I Talk To My Sister” dan berkongsi sebab dia membuat keputusan drastik untuk mengubah wajahnya.

Saya merupakan seorang wanita berusia 32 tahun yang sering digelar sebagai ‘hodoh’.

Bahkan wanita itu bercerita bahawa dia sering menerima komen jahat dan yang paling diingatinya ialah,

Macam manalah rupa ibu dan ayahnya sehingga boleh melahirkan anak sehodoh ini?

lee seyoung hidayah

Malah Lee Se-young menyatakan bahawa dia hidup dengan fikiran bahawa dia adalah seorang yang buruk sejak daripada kecil lagi. Sampailah dia mencecah usia 30 tahun dan mahu mengubah gaya hidupnya.

Saya mula berdiet dan menggunakan solekan.

Pun begitu, wanita itu terus mendengar makian walaupun sudah mula menghias dirinya,

Kalau zuccini bersolek, ingat boleh berubah jadi tembikai ke?

Disebabkan itu, Lee Se-young membuat keputusan untuk menjalani pembedahan plastik pada Disember lalu. Meskipun wajahnya mendapat respons baik sebagai seorang pelawak namun dia terus disakiti oleh komen jahat yang sering menghantuinya saban hari. Malah wanita itu mengakui bahawa dia semakin obses untuk kelihatan cantik dan sentiasa mencuba pelbagai solekan dan diet baru.

lee seyoung hidayah

Lee Se-young juga berkongsi yang dia bersenam selama 2 jam setiap hari dan hasilnya, beratnya kini ialah 43kg dengan ukur lilit pinggang sebanyak 20 inci.

Walaupun setiap hari dibelenggu masalah ini, Lee Se-young mengatakan bahaw teman lelakinya merupakan penyokong terbesarnya. Berasal daripada Jepun dan muda 5 tahun daripadanya, lelaki itu sering menghalang dia daripada terus obses dengan penampilan diri.

Buat pertama kali dalam hidup, saya merasakan bahawa saya disayangi orang lain.

lee seyoung hidayah

Susah betul kalau komen tanpa berfikir dahulu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...