Ikuti Kami:

“Bagaimana Boleh Bertahan Dimarahi Yoo Jaesuk?” – Lee Kwangsoo Beri Jawapan Jujur

“Bagaimana Boleh Bertahan Dimarahi Yoo Jaesuk?” – Lee Kwangsoo Beri Jawapan Jujur

Lain macam kuat ya ukhwah antara Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo? Korang pun mesti dapat rasainya kan.

Dalam episod ketiga “The Zone: Survival Mission”, Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation perlu menahan misi di mana mereka perlu duduk di atas katil bersama dan dibawa menelusuri kampus KAIST.

Pada penghujung misi, mereka diminta memberikan syarahan pendek buat pelajar yang menanti. Antara soalan yang ditujukan buat Lee Kwang-soo ialah,

Yoo Jae-suk selalu membebel dan marah, saya tertanya-tanya bagaimana awak boleh bertahan di sisinya.

yoo jaesuk lee kwangsoo

Seloroh Lee Kwang-soo,

Sejujurnya, saya berfikir dengan keras mengenai apa yang perlu dikatakan dan kata-kata falsafah apa yang dikongsikan. Tapi soalan ini berlainan dari apa yang saya jangkakan.

Jawabnya serius,

Kalau diminta pilih seseorang yang saya hormati dan paling sukai, dia ialah Yoo Jae-suk. Mungkin saya tak boleh hidup sepertinya tapi saya sering memerhatikannya.

Lee Kwang-soo betul-betul sanjungi Yoo Jae-suk.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...