Nampaknya, Baek-hyun juga telah memutuskan untuk membuka syarikat sendiri bagi menguruskan aktiviti solonya.
Terbaru menurut laporan eksklusif dari media, Baek-hyun telah mengasaskan syarikatnya sendiri iaitu I&B100 dan telah melengkapkan proses pendaftaran dalaman.
Selain itu, syarikat tersebut dipercayai telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Jun 2023 bermakna sebelum pembaharuan kontraknya dengan SM Entertainment pada Jun lagi.
Tambahan, turut dilaporkan bahawa rakan ahli iaitu Chen dan Xiumin juga akan bekerja di bawah syarikat Baek-hyun.
Sementara itu, sebelum ini SM Entertainment menyatakan bahawa sementara kontrak Baek-hyun, Chen dan Xiumin masih berkuat kuasa, mereka tetap dibenarkan untuk menjalankan aktiviti individu di tempat lain.
Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa respon rasmi dari SM Entertainment mahupun Baek-hyun sendiri mengenai laporan berkenaan.