Baru-baru ini, Baek Ye-rin yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan “The Volunteers” dan mula bergerak secara solo pada tahun 2015, khabarnya bakal melancarkan single terbaru hujung Mei ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Blue Vinyl, yang tekah mengumumkan pengeluaran single baru “Fish” melalui akaun rasmi Instagram miliknya, (@bluevinyl.official)
Album ini merupakan satu album dalam versi asal Korea pertama yang akan dikeluarkan sejak album “Our Love Is Great” yang dikeluarkan pada 2019, dan ia merupakan lagu single digital pertama dalam tempoh 6 tahun.
Tambahan pula, ia adalah lagu ciptaan sendiri oleh “Cloud”, penerbit yang bekerjasama dengan “Bye Bye My Blue” dan “Across The Universe”, dan para peminat boleh menjangkakan satu nostalgia berbeza untuk single Baek Ye-rin yang akan datang.
“Fish” mengandungi daya tarikan yang sedikit berbeza daripada single yang lain, dan mesej disampaikan buat orang yang berharga dan melindungi saya. Ia adalah lagu yang diungkapkan melalui isi hati yang paling murni dan tidak berat sebelah.
Memandangkan kepekaannya yang amat disukai ramai, melalui album ini, Baek Ye-rin merancang untuk menyampaikan lagu ini untuk membangkitkan rasa simpati dalam diri pendengar.
“Fish” akan dilancarkan pada hari 24 Mei yang akan datang, jadi buat para peminat terus nantikan informasi selanjutnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.