Dari pelakon remaja, Baek Sung-hyun sendiri sudah pun bergelar bapa kini.
Bagi berkongsi kehidupannya sebagai seorang ayah, pelakon lelaki itu akan muncul dalam program “Superman Returns” sebagai keluarga terbaru.
Jawab KBS,
Baek Sung-hyun dan anak perempuan berusia 14 bulan sah menyertai ‘Superman Return’.
Episod pertama mereka berdua akan mula ditayangkan pada Februari nanti namun belum ada tarikh spesifik yang diumumkan.
View this post on Instagram
Untuk pengetahuan, Baek Sung-hyun mengahwini kekasih bukan selebriti selepas 4 tahun bercinta pada April 2020. Pada tahun yang sama, pasangan itu turut menyambut kelahiran anak pertama mereka, Seo Yoon.
Menurut pihak produksi, Seo Yoon merupakan seorang bayi yang bijak dan mempunyai senyuman yang manis. Meskipun masih lagi baru bergelar bapa, namun pelakon itu dikatakan berusaha kerana untuk menjadi ayah yang terbaik selain merapatkan hubungan dengan Seo Yoon.
Tak sabar nak tengok mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.