Ikuti Kami:

‘Bad Boy’ RED VELVET Jadi MV Pertama Artis Wanita SM Raih 350 Juta Tontonan

‘Bad Boy’ RED VELVET Jadi MV Pertama Artis Wanita SM Raih 350 Juta Tontonan

RED VELVET telah mencipta kejayaan baharu bagi artis wanita dari SM Entertainment di YouTube!

Pada 17 Februari, diumumkan bahawa MV RED VELVET bagi lagu “Bad Boy” telah menjadi muzik video pertama dari artis wanita SM yang berjaya melepasi 350 juta tontonan di YouTube.

Dikeluarkan pada tahun 2018, “Bad Boy” ialah lagu R&B yang dipengaruhi dengan elemen hip-hop, yang mana telah mendapat sambutan hangat apabila ia dikeluarkan. Ia juga telah menjadi salah satu lagu ikonik RED VELVET di mana gadis-gadis itu berjaya beralih ke konsep matang dan sensual, daripada konsep musim panas mereka yang segar dan comel.

Tahniah RED VELVET. Jom dengar lagu “Bad Boy” ni lagi sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...