Ikuti Kami:

Babak Seksual Dalam ‘The Idol’ Tular, Jennie Tercalon Dalam Anugerah Emmy

Babak Seksual Dalam ‘The Idol’ Tular, Jennie Tercalon Dalam Anugerah Emmy

Sepertinya Jennie BLACKPINK telah menerima pencalonan Anugerah Emmy ke-76 untuk drama “The Idol”!

Drama ini yang diterbitkan oleh The Weeknd, telah ditayangkan pada bulan Jun tahun lalu. Ianya berlatar belakang di Los Angeles, Amerika Syarikat, pusat hiburan utama dunia, dan menggambarkan kisah cinta, semangat idola, dan dunia industri muzik.

Jennie memulakan cabaran pertamanya sebagai pelakon dengan memegang watak Dianne, kawan dan penari latar kepada watak utama, Jocelyn (Lily-Rose). Dia terlibat dalam kontroversi kerana adegan tarian yang rapat dengan lelaki yang dikatakan menyerupai aksi seksual dan kostum yang dikatakan terlalu seksi.

jennie

Sejujurnya, “The Idol” menerima kritikan tajam sejurus selepas episod pertama dan kedua bersiaran dek adegan-adegan yang mengejutkan. Namun, karya kontroversi ini telah dicalonkan untuk anugerah Emmy dalam kategori ‘Koreografi Terbaik’.

Anugerah Emmy ke-76 akan diadakan pada 15 September ini di Teater Peacock, LA.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...