Ikuti Kami:

Babak Mendiang Kim Misoo Ditayang Seperti Biasa Tanpa Suntingan Dalam ‘Snowdrop’

Babak Mendiang Kim Misoo Ditayang Seperti Biasa Tanpa Suntingan Dalam ‘Snowdrop’

Selepas Kim Mi-soo pergi meninggalkan dunia pada minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya mengenai babaknya di dalam drama “Snowdrop” yang masih ditayangkan.

Meskipun drama ini sudah selesai penggambaran, penonton tertanya-tanya sama ada babak melibatkan Kim Mi-soo akan disunting dalam episod seterusnya bagi menghormati pemergian mendiang.

Pun begitu, menerusi tayangan episod 8 dan 9 baru-baru ini, babak yang menampilkan Kim Mi-soo disiarkan seperti biasa.

kim misoo snowdrop

Malah pada penghujung tayangan, pihak produksi dilihat memberi peringatan buat mendiang dengan menayangkan klip bonus di mana pelajar di Universiti Wanita Hosu memasak ramen bersama sambil menyorok dari ditangkap ketua asarama, Pi Seung-hee (Yoon Se-ah).

Khabarnya, pihak produksi sudah berbincang dengan keluarga Kim Mi-soo mengenai perihal babak watak Kim Mi-soo, sama ada akan terus ditayangkan atau pun tidak.

kim misoo snowdrop

Dalam pada itu, para rakan pelakon seperti Ji-soo BLACKPINK, Jung Hae-in, Jung Shin-hye, Choi Hee-jin, Jung Yi-seo dan lain-lain telah meninggalkan ucapan panjang buat mendiang menerusi entri Instagram baru-baru ini.

Pemergiannya pasti dirindui.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...