B1A4 Anjur Majlis Ulang Tahun Ke-11 Bersama Peminat

b1a4

Peminat industri muzik K-pop pasti amat mengenali kumpulan penyanyi B1A4 yang sebelum ini terdiri daripada 5 orang ahli. Walaupun, kini hanya tinggal 3 orang ahli sahaja, mereka masih terus berkarya dan terbaru, mereka telah menyambut ulang tahun ke-11 bersama peminat!

Pada Jun 2018 yang lalu, 2 orang ahli kumpulan tersebut iaitu Jin-young dan Baro memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka lalu meninggalkan WM Entertainment. Kini, kumpulan itu hanya terdiri daripada, Shin-woo, San-deul dan Gong-chan.

Terbaru, B1A4 telah mengadakan satu majlis bersama peminat secara atas talian bagi menyambut ulang tahun ke-11 mereka sejak mereka pertama kali debut. Majlis bersama peminat itu diadakan secara “Live” melalui saluran V Live Naver pada 23 April.

b1a4

Menerusi majlis ulang tahun secara atas talian tersebut, tema seperti “Date” telah dipilih apabila dua ahli B1A4, Shin-woo dan Gong-chan tampil dengan menyarung apron dan memasak makanan seperti “Aglio Olio”, salad dan juga “Steak” buat peminat malah berjaya membuat peminat terpegun dengan kemahiran memasak mereka.

Dalam pada itu, mereka berdua turut menerima sebiji kek yang disediakan oleh seorang lagi ahli, San-deul yang menghubungi mereka melalui panggilan telefon kerana tidak dapat bersama mereka atas sebab yang tidak diberitahu. Namun, dia masih menyapa peminat dengan mesra dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diperoleh selama ini.

b1a4

Selesai merasai makanan yang dimasak, majlis ulang tahun itu diteruskan lagi dengan perkongsian daripada Shin-woo dan Gong-chan sambil mereka menjawab soalan yang diajukan oleh peminat. Menurut mereka, perkongsian seperti ini telah mengimbau kembali kenangan mereka bersama peminat yang telah menyokong hampir 11 tahun lamanya dan sangat gembira apabila mereka dapat mencipta kenangan manis seperti ini.

Di akhir majlis ulang tahun secara atas talian itu, dapat dilihat kegembiraan di wajah Shin-woo dan Gong-chan kerana rasa terharu dek sokongan dan kasih sayang yang berterusan daripada peminat. Jadi, korang kena teruskan menyokong mereka untuk karya-karya mereka yang akan datang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply