Ikuti Kami:

B1A4 Akan Rilis Single Baru Sebelum Sandeul Sertai Servis Tentera

B1A4 Akan Rilis Single Baru Sebelum Sandeul Sertai Servis Tentera

B1A4 ada berita gembira buat peminatnya!

Pada 29 Oktober, WM Entertainment, iaitu agensi kumpulan tersebut, secara rasmi mengumumkan bahawa kumpulan B1A4 akan mengeluarkan single digital baharu.

B1A4 juga akan mengadakan pertemuan bersama peminat secara dalam talian sehari sebelum Sandeul mendaftar untuk servis tentera.

B1A4 Agensi itu menyatakan,

Pada 10 November, iaitu sehari sebelum pendaftaran tentera Sandeul, B1A4 akan mengadakan pertemuan bersama peminat secara dalam talian mereka ‘LIVE LOUNGE B1A4’, dan mereka akan mendedahkan lagu baharu mereka pada acara pertemuan bersama peminat.

Selaras dengan namanya ‘LIVE LOUNGE B1A4’, kumpulan itu akan menampilkan pancaragam secara langsung dan penyusunan semula lagu-lagu B1A4, serta persembahan solo khas oleh setiap ahli.

Pertemuan secara dalam talian ini akan disiarkan pada 10 November jam 7 malam melalui saluran rasmi V Live B1A4.

BANA (nama kelab peminat B1A4) excited tak?!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...