Ikuti Kami:

B.I Umum Rilis ‘BTBT’ Hasil Kolaborasi Bersama Soulja Boy & DeVita Pada 13 Mei Ini

B.I Umum Rilis ‘BTBT’ Hasil Kolaborasi Bersama Soulja Boy & DeVita Pada 13 Mei Ini

Umum pasti sudah mengetahui mengenai gerak solo B.I setelah dia keluar dari kumpulannya iKON. Terbaru, dia telah mengumumkan bakal melancarkan hasil karyanya bersama artis luar negara!

Kolaborasi B.I kali ini amat mengujakan kerana dia berkerjasama dengan artis terkenal luar negara iaitu Soulja Boy dan DeVita.

Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, 131 melalui akaun Instagram rasmi (@131_online) apabila mereka memuatnaik poster bagi rilis kolaborasi B.I bersama Soulja Boy dan DeVita dimana ia menampilkan bahagian dalam single pra-keluaran ‘BTBT’ sebagai bahagian pertama untuk projek album global 2022 “Love or Loved (LOL)”.

Penyanyi rap Amerika Soulja Boy, yang telah meraih populariti melalui lagu-lagunya dan melodi yang dihasilkan antaranya lagu “Crank That”, manakala DeVita, berjaya mendapat perhatian di dalam dan luar negara, meningkatkan lagi jangkaan mengenai jenis dan konsep muzik yang mereka hasilkan bersama B.I.

Selain dua artis itu, kumpulan penerbit yang pernah dicalonkan dalam anugerah Grammy sebanyak tiga kali iaitu “Stereotypes” turut mengambil bahagian dalam penghasilan lagu ini dan berjaya menarik lebih banyak perhatian.

b.i

B.I terus melonjak sebagai artis solo dengan mengeluarkan album seperti “WATERFALL” dan “COSMOS” tahun lepas. Tahun ini, melalui pengurusan agensi Amerika, Transparent Arts, dia telah menandatangani kontrak bersama Wasserman, sebuah agensi besar Amerika, lalu mengumumkan pelancaran projek album global.

B.I dijangka akan menunjukkan spektrum muzik dan kualiti lagu yang lebih meluas menerusi “BTBT” yang akan dikeluarkan nanti.

Sementara itu, “BTBT (Feat. DeVita)” B.I dan Soulja Boy akan dilancarkan melalui platform muzik secara atas talian di seluruh dunia pada 13 Mei ini. Ini pasti satu khabar mengujakan buat peminat B.I, Soulja Boy dan juga DeVita. Tunggu informasi seterusnya tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...