Penyanyi B.I akan menjadi artis K-Pop pertama yang membuat persembahan di acara “GRAMMYs Global Spin”!
Pada 29 Disember, satu saluran media eksklusif melaporkan bahawa B.I akan membuat penampilan solo semasa siri konsert digital baharu “GRAMMYs Global Spin”, yang akan disiarkan pada 4 Januari.
“GRAMMYs Global Spin” ialah siri konsert yang dihasilkan oleh GRAMMY untuk mempromosikan muzik global. Sejak tahun lepas, GRAMMY telah melancarkan beberapa projek untuk memasukkan pelbagai muzik dari seluruh dunia. Khususnya, mereka menukar nama anugerah ‘Album Muzik Dunia Terbaik’ kepada ‘Album Muzik Global Terbaik’ untuk beralih daripada imej eksklusifnya.
Persembahan “GRAMMYs Global Spin” mula disiarkan pada September 2020 dan telah menunjukkan banyak persembahan daripada artis yang berbeza. Di sini, B.I akan menjadi artis K-Pop pertama, dan juga artis Asia pertama, yang membuat persembahan di “GRAMMYs Global Spin”.
Persembahan B.I di “GRAMMYs Global Spin” akan didedahkan di laman utama GRAMMY dan media sosial rasmi pada 4 Januari jam 1PM EST.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.