Utama Gossip “Ayah Siapa Ni?” – Ahli Kumpulan Lelaki Baru Ini Dikecam Dek Terlalu...

“Ayah Siapa Ni?” – Ahli Kumpulan Lelaki Baru Ini Dikecam Dek Terlalu Hodoh? Ini Kisah Sebenar

IB147 yoonsang

Ada tak yang kenal dengan kumpulan baru IB147?

Pada 14 Februari, kumpulan lelaki pra-debut iaitu IB147 telah mengeluarkan single pertama mereka “Over Shock”.

Untuk pengetahuan, IB147 merupakan kumpulan dengan enam ahli dan merupakan projek yang dicipta oleh HnA Entertainment. Seperti kumpulan K-Pop lain, ahli IB147 juga aktif di media sosial, di mana mereka berkongsi gambar dan sebagainya.

Pada 10 Mei, salah seorang ahli iaitu Yoon-sang telah menyiarkan foto dirinya dengan gaya pose yang berbeza dan telah menerima banyak perhatian negatif. Khususnya, ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilannya dan menulis seperti,

Hodoh.

 

Dia kelihatan seperti baru selesai mengemop dan terus mengambil gambar.

 

Ayah siapa ni?

Bagaimanapun, mesej kecaman itu dipercayai dihantar kerana ada seorang pengguna di Twitter mendakwa bahawa rakannya merupakan bekas pelatih di agensi yang sama dan telah dibuli oleh ahli IB147, sehingga menyebabkan dia meninggalkan kumpulan tersebut.

Disebabkan ramai yang percaya mengenai dakwaan tersebut, netizen Korea telah menghantar pelbagai komen kebencian di akaun media sosial IB147. Tidak lama kemudian, HnA Entertaiment telah tampil mengeluarkan kenyataan, menjelaskan bahawa tiada kes buli yang berlaku antara bekas pelatih dan ahli semasa.

Selain itu, agensi juga turut memberitahu bahawa mereka telah bercakap dengan setiap ahli dan mengesahkan bahawa khabar angin buli itu adalah penyelewengan berniat jahat, serta meminta orang ramai untuk tidak mengkritik artis mereka, berdasarkan maklumat yang tidak disahkan.

Sudah-sudah la tu menuduh..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTwitter
Loading...