Ikuti Kami:

“Ayah Saya Berbeza, Namun Lepas Konsert..” – IU Kongsi Jarang Dapat Pujian Dari Bapa

“Ayah Saya Berbeza, Namun Lepas Konsert..” – IU Kongsi Jarang Dapat Pujian Dari Bapa

Baru-baru ini, penyanyi IU berkongsi bagaimana reaksi bapanya bagi konsert “The Golden Hour”.

Terbaru, satu lagi video “I Hope You Remember This Moment As The Brightest Moment | THE GOLDEN HOUR’ Behind Episode 2” dimuat naik menerusi akaun YouTube rasmi IU.

Menerusi video tersebut, IU berkata,

Saya baca semua maklum balas. Banyak maklum balas yang menyukai konsert itu. Semua yang hadir menyukainya.

iuKemudian dia juga menambah,

Ayah saya pula… ayah saya berbeza. Dia jarang tunjukkan sokongan kepada saya. Namun, pagi tadi dia menghubungi saya dan dia berkata dia menangis di konsert saya. 

Menyambung kembali kepada maklum balas konsertnya, IU berkata,

Saya rasa mereka lebih terpegun dengan pembukaan konsert lebih daripada apa yang saya bayangkan. Saya baca maklum balas mereka dan mereka berkata, mereka menangis ketika bahagian itu.

iuMenurutnya, bahagian pembukaan merupakan suatu tindakan yang spontan untuk menyani tanpa lagu dan dia amat berbangga kerana tindakan itu membuahkan hasil.

Hmmm, biasalah bapak-bapak…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...