Ikuti Kami:

“Ayah Orang Alim” – Ibu Tak Sangka Tular, Pelajar Barang K-Pop Dibakar Bapa Beri Penjelasan

“Ayah Orang Alim” – Ibu Tak Sangka Tular, Pelajar Barang K-Pop Dibakar Bapa Beri Penjelasan

Baru-baru ini tular sebuah video yang merakam seorang pelajar perempuan menangis selepas barangan K-Pop miliknya dibakar oleh kedua ibu bapanya.

Video berkenaan yang dirakam sendiri oleh ibunya dan di muat naik di TikTok nyata membuatkan ramai marah dek sikap orang tua itu yang sepertinya tidak menghormati hobi anak sendiri.

Terbaru, pihak mStar telah sempat menghubungi remaja berusia 14 tahun bernama Tasha itu bagi mendengar sendiri penjelasan dari sudut pandangnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Katanya, video yang menjadi tontonan ramai itu dimuat naik sekadar suka-suka dan merupakan luahan sedih buat dirinya bersama ibu.

Ayah jenis yang boleh dikatakan alim orangnya. Jadi dia tak suka hiburan atau jenis macam ni. Saya reda dengan apa yang jadi sebab tak nak sedih lama-lama. Selama ni pun saya minat gitu-gitu je, tak lebih-lebih sangat. Lepas kejadian bakar tu, saya jumpa ayah dan katanya ‘Tak payah dah Korea-Korea ni’.

Meskipun melalui situasi pahit itu, Tasha mengakui masih menanam minat buat kumpulan Korea itu dan menyimpan kenangan itu sebagai sesuatu memori pahit sahaja,

Masa mula-mula dapat tahu memang sedih sebab beli mahal-mahal dan jurnal buat sendiri selain pemberian daripada kawan-kawan. Tapi lama-lama saya reda je.

kpop bakar tasha

Merupakan peminat kumpulan Stray Kids dan pelakon Park Bo-gum, gadis itu tahu bahawa ayahnya tidak merestui minat tersebut namun menghormati pendirian orang tua itu.

Selain itu, Tasha berterima kasih buat netizen yang meninggalkan kata-kata semangat buatnya namun mengakui ada antara komen yang ditinggalkan agak keterlaluan,

Ada yang sampai kata hantar terus mak ayah yang macam ni kat rumah orang-orang tua. Bagi saya ia agak keterlaluan. Tapi saya maafkan. Masing-masing ada pendapat mereka.

Dalam pada itu, ibu Tasha telah memadam video asal yang tular dan memuat naik sebuah video baru memohon maaf selain mengakui tidak menyangka ianya akan tular hingga ke luar negara.

@cikatienn♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Semoga Tasha dan keluarganya baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...