Ikuti Kami:

Awas! HYBE Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Komen Jahat Pada Artisnya

Awas! HYBE Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Komen Jahat Pada Artisnya

HYBE akan ambil tindakan serius untuk melindungi artis-artisnya.

Pada 29 Disember, beberapa anak syarikat di bawah HYBE Labels, seperti BIGHIT MUSIC, PLEDIS Entertainment dan BELIFT LAB, telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang yang serius mengenai serangan yang berniat jahat terhadap artis mereka BTS, TXT, ENHYPEN, NUE’ST dan SEVENTEEN.

Syarikat kami kerap melakukan prosiding undang-undang terhadap pelaku aktiviti berniat jahat, termasuk fitnah, serangan peribadi, gangguan seksual, penyebaran maklumat tidak berasas dan kritikan yang berniat jahat. Kami ingin memberikan maklumat terkini mengenai aktiviti ini.

Anak syarikat HYBE semuanya terus mengambil tindakan serius terhadap komen berniat jahat yang dibuat sama ada di YouTube dan forum internet awam, seperti DC Inside dan Daum Cafe.

Baru-baru ini kami telah memfailkan aduan jenayah tambahan menggunakan maklumat baharu yang diberikan oleh peminat, serta dikumpulkan melalui inisiatif pemantauan kami. Syarikat kami mengambil tindakan undang-undang yang kuat terhadap serangan peribadi dan penyebaran maklumat tidak berasas. Kami mengambil setiap tindakan yang mungkin, sivil atau jenayah, terutamanya terhadap akaun YouTube dan DC Inside yang berulang kali terlibat dalam aktiviti sedemikian.

Walaupun ramai netizen percaya bahawa mereka tidak akan merasa akibatnya atas tindakan yang dilakukan kerana mereka tidak menyiarkan nama sebenar di internet, namun HYBE masih dapat menjejaki akaun tersebut melalui pengumpulan data.

Kami juga telah membuat aduan undang-undang terhadap pelaku tanpa nama yang telah terlibat dalam aktiviti sedemikian tanpa menggunakan nama sebenar atau nama panggilan mereka dan memfailkan aduan jenayah terhadap mereka yang telah menukar nama panggilan dan akaun masing-masing secara berkala dengan mengumpul data mengenai nama panggilan yang digunakan, dan siaran yang mereka muat naik melalui pemantauan berterusan dan masa nyata.

txt, bts, enhypen, nuest, seventeen

Haa..hati-hati siapa yang suka komen ikut suka je tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...