Ikuti Kami:

Awalnya Haoh Dicaci, Penonton Kini Jatuh Cinta Dengan Anak Gary & Puji Kepandaian Luar Biasanya!

Awalnya Haoh Dicaci, Penonton Kini Jatuh Cinta Dengan Anak Gary & Puji Kepandaian Luar Biasanya!

Kemunculan semula Kang Gary dalam dunia hiburan selepas mengasingkan diri selama 3 tahun nyata membuatkan para peminatnya teruja. Tapi yang bestnya sebab penyanyi rap itu tidak kembali seorang diri tetapi dia turut membawa anak lelaki tunggalnya, Kang Haoh bersama-sama sebagai panel keluarga terbaru dalam rancangan “Superman Returns”. Penonton juga dapat lihat kelibat isteri cantik Gary yang disoroknya sepanjang dia merehatkan diri daripada dunia seni.

Kalau anda nak tahu, semasa awal tayangan “Superman Returns” ini, rata-rata penonton nampaknya seperti menolak kemunculannya dalam rancangan itu kerana berasa dikhianati apabila dia meninggalkan rancangan “Running Man” dahulu begitu sahaja. Sampaikan ada yang tuduh dia kembali ke kaca televisyen kerana sudah kekurangan wang. Tak cukup dengan itu, Haoh turut menerima tempiasnya apabila ada ‘mulut puaka’ yang menyelar wajahnya. Jahat betul!

gary dan haoh

Pun begitu, selepas beberapa minggu para penonton menonton rancangan asuhan kanak-kanak itu, mereka mula jatuh cinta melihat telatah comel Haoh. Walaupun baru berusia 2 tahun, anak Gary itu menunjukkan kepandaian yang sangat luar biasa kerana mampu menyusun ayat dengan baik selain boleh membaca semua huruf. Haoh juga menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik, mungkin datang daripada genetik Gary sebagai seorang pemuzik.

kang haoh pandai

Selain itu, penonton tak habis puji sikap Haoh yang sangat menghormati orang tua. Bayangkan bila ada penghantar barang datang ke rumah, kanak-kanak lelaki itu menyajikannya dengan air kotak. Siap tolong cucukkan penyedut minuman lagi untuk lelaki tua itu. Comel sangat!

kang haoh pandai

Ramai yang tak segan mengakui mereka sudah jatuh cinta dengan Haoh. Mereka juga memuji cara didikan Gary dan isterinya yang baik sehingga berjaya membentuk anak lelaki mereka sebagai seorang yang bijak dan sopan.

Saya dah jadi peminat Haoh~~~ Kang Haoh bijak!

 

Pandai besarkan anak, saya ada persepsi baik tentang Gary. Haoh jangan sakit dan terus sihat!

 

Kang Haoh yang pandai, sangat cantik!

 

Bila awak lihat perangai seorang kanak-kanak, awak boleh lihat keadaan rumahnya… Untuk pasangan Gary, nampaknya mereka berjaya besarkan anak mereka dengan baik.

 

Sangat bijak, selalu bertolak ansur, mesti mereka bangga ada anak seperti Haoh.

Haoh nampak beza betul dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia nampak lebih matang dan cepat belajar sampaikan semua tak percaya dia baru berusia 2 tahun lebih!

Sumber: XSportsNews, Sports Donga

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...