Utama Rancangan Hiburan “Awak Tinggal, Kami Yang Keluar” – Peminat Terhibur Ahli ‘Running Man’ Usik...

“Awak Tinggal, Kami Yang Keluar” – Peminat Terhibur Ahli ‘Running Man’ Usik Berita Pengunduran Lee Kwangsoo

sbs running man

Episod terbaru “Running Man” nyata meninggalkan banyak momen pahit manis kepada penonton setia program itu.

Walaupun sedih namun ahli rancangan itu dipuji kerana menggunakan berita Lee Kwang-soo yang bakal meninggalkan “Running Man” sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan hati orang ramai.

Bayangkan setiap kali Lee Kwang-soo menjawab telefon bagi menanyakan hal misi pada awal episod berkenaan, mesti ahli yang lain ‘sembur’ pasal berita pengunduran dirinya itu.

Yoo Jae-suk siap berlagak seperti tidak tahu menahu langsung mengenai berita itu,

Dengar cerita awak nak keluar ‘Running Man’, saya baca dalam berita.

Song Ji-hyo pun turut sama membahan,

Saya dengar awak nak tinggalkan ‘Running Man’, cuba beri sepatah dua kata.

sbs running man

Apabila berjumpa, Kim Jong-kook terus menyerang penampilan ‘rugged’ Lee Kwang-soo,

Adakah awak saja membela jambang supaya nampak awak mengalami masa yang sukar kerana mengundurkan diri daripada ‘Running Man’?

Sampaikan Lee Kwang-soo terpaksa minta pencukur daripada staf apabila Yoo Jae-suk turut mempersoalkan mengenai misai dan jambangnya yang mula tumbuh.

Haha sempat mengusik dan menanyakan sama ada ini adalah penggambaran terakhirnya tapi Lee Kwang-soo mencelah,

Saya masih ada lagi dua minggu.

Malah Yoo Jae-suk, Yang Se-chan dan Kim Jong-kook juga sempat buat pantun dua kerat dengan menggunakan perkataan ‘ha-cha’ (keluar). Saja mengusik nak bawa ahli baru sama ada Cha Eun-woo ataupun Cha Tae-hyun, sampaikan ‘fed-up’ lah Lee Kwang-soo!

Tambah Yoo Jaesuk,

Bayangkan kita usik dia dengan banyaknya selama dua minggu sebab nak keluar, tapi akhirnya dia kata ‘Saya akan teruskan’?

Paling kelakar di akhir episod apabila anak Haha sendiri, Ha Dream didedahkan sebagai ‘arkitek’ kepada misi berkenaan. Yoo Jae-suk mengusik lagi,

Dream datang nak gantikan Lee Kwang-soo ke?

Selepas itu Ha Dream berbisik sesuatu di telinga Yoo Jae-suk dan menurutnya,

Sebab Lee Kwang-soo dah nak keluar, tolong ganggu percakapan ahli lain juga.

Yoo Jae-suk berjanji akan melakukan hal tersebut dan meyakinkan Dream bahawa dia adalah terbaik dalam usikan berkenaan.

Rasanya semua yang menonton episod ini pastinya berasa pahit dan manis kan? Pahit kerana menyedari bahawa Lee Kwang-soo hanya ada masa dua minggu lagi bersama “Running Man” dan tersenyum apabila melihat ahli lain cuba menggembirkan suasana dengan mengusik mengenai hal tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...