Ikuti Kami:

“Awak Semua ‘Hot'” – Penuh Satu Mall! Penampilan Cha Eunwoo Di KL Disambut Meriah Peminat

“Awak Semua ‘Hot'” – Penuh Satu Mall! Penampilan Cha Eunwoo Di KL Disambut Meriah Peminat

Nampaknya, Cha Eun-woo akan kerap datang ke Malaysia pada tahun ini!

Terbaru pada 9 Januari, Cha Eun-woo telah tiba di Kuala Lumpur, bagi meraikan acara pembukaan kedai kasut Skechers, yang diadakan di pusat beli-belah The Exchange TRX.

Meskipun acara bermula pada jam 6 petang, ada beberapa peminat yang sudah menunggu dari tengahari, bagi mendapat tempat untuk melihat lebih dekat selebriti kesayangan mereka itu.

Terkejut melihat orang ramai yang berkumpul di situ, pelakon “True Beauty” tersebut meluahkan perasaanya berada di Malaysia,

Ini kali kedua saya berada di Malaysia. Saya sangat bersyukur dengan cinta dan sokongan yang diberikan. Saya rindu awak semua.

Kemudian sebelum meninggalkan pentas, Cha Eun-woo juga turut meluahkan rasa syukur kepada peminatnya,

Wow, awak semua sangat ‘hot’. Terima kasih kerana menjemput saya dan sila beri sokongan kepada Skechers. Terima kasih banyak-banyak.

Sementara itu, Cha Eun-woo juga akan kembali ke Malaysia pada Februari ini, untuk acara perjumpaan peminatnya ‘Cha Eunwoo 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]’. 

Baca info lanjut di laman Viu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...