Setelah 3 tahun menanti, Lisa BLACKPINK akhirnya kembali menemui peminat dengan lagu solo baru!
Terbaru pada 28 Jun, Lisa telah membuat kemunculan semula dengan lagu “ROCKSTAR”, merupakan penampilan pertamanya sebagai penyanyi di bawah agensinya sendiri.
Baru 8 jam sejak dikeluarkan, muzik video itu telah berjaya mengumpul lebih 14 juta tontonan di YouTube dan menerima komen positif dari orang ramai.
at the end of the day, jennie lisa rosé jisoo will always got each other’s backs. while akgaes are stabbing🔪, chocking necks on their phone screens hating lol! remember when jisoo made fun of those kind of fans making them girls hate eo. while they jst laughed bout it lol 🥰 pic.twitter.com/p3NcCdPDI3
— hj (@jnkimsgirl) June 28, 2024
Bukan sahaja dari peminat malahan, 3 ahli BLACKPINK yang lain turut memberi sokongan buat Lisa, dengan menulis mesej dan berkongsi pautan muzik video itu di Instagram peribadi mereka.
Dengan ini, ramai yang terharu melihat persahabatan kumpulan itu meskipun masing-masing sedang sibung dengan aktiviti solo mereka sendiri kini.