Utama Celebrity News “Awak Perlu Gembira” – Penuh Emosi, Ahli Girl’s Day Berkumpul Di Majlis...

“Awak Perlu Gembira” – Penuh Emosi, Ahli Girl’s Day Berkumpul Di Majlis Perkahwinan Sojin

girl's day

Seronoknya tengok semua ahli Girl’s Day berkumpul!

Terbaru pada 18 November, ahli tertua Girl’s Day iaitu So-jin, telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan pelakon Lee Dong-ha di Seoul. Majlis itu disambut meriah dengan kehadiran ramai selebriti termasuklah ahli Girl’s Day sendiri.

Menerusi Instagram, Hye-ri, Min-ah dan Yu-ra telah memuat naik beberapa foto dari hari gembira ‘kakak’ mereka itu, serta turut menulis ucapan tahniah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 혜리 (@hyeri_0609)

Tulis Hye-ri,

‘Hyeri, saya nak kahwin. Boleh saya minta awak beri ucapan?’

Rasanya hari itu, ketika saya mempunyai banyak emosi bercampur-campur, rasa seperti baru semalam..
Tetapi kakak kami berkahwin hari ini.
So-jin unnie, yang paling cantik di seluruh dunia.
Saya mengucapkan tahniah kepada awak daripada semua orang di bumi!!!! Awak perlu gembira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @bbang_93

Kemudian, Min-ah juga turut meluahkan perasaannya,

Hari ini adalah saat ketika hari-hari kami bekerja dengan penuh semangat dan kerja keras So-jin unnie semua berlalu di depan mata saya seperti gambar.

Saya gembira dapat melihat So-jin unnie kelihatan gembira. Sekarang, saya akan menyerahkan unnie kepada abang ipar kita. So-jin unnie, saya mengucapkan tahniah kepada awak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YURA (@yura_936)

Akhir sekali, Yu-ra menulis,

Masa kita bersama adalah seperti mimpi, mari kekal bersama selama-lamanya sepanjang hayat. Saya dengan ikhlas mengucapkan tahniah kepada So-jin unnie tercinta atas perkahwinan awak. Saya sangat menyayangi awak.

Ahli Girl’s Day, Ah-youngie (nama sebenar Yu-ra) sangat menyayangi awak.

Tahniah So-jin dan Lee Dong-ha!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...